Hiburan Video

[VIDEO] Ayda Jebat mahu lebih banyak watak berat

Drama Aku Nazmi yang tercalon dalam kategori Drama Terbaik Anugerah Skrin menyaksikan lakonan hebat Ayda Jebat dengan watak gadis bisu. Ayda menyahut cabaran melakonkan watak gadis kelainan upaya dan dia menyukainya. Dia harap akan ada lagi tawaran melakonkan watak berlainan. Pasal apa agaknya? Ikuti temu bual bersama Ayda Jebat:

Buletin

Tiga kategori baharu Anugerah Skrin 2018

Anugerah Skrin edisi ke-22 yang bakal berlangsung 2 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur memperkemaskan dengan memperkenalkan tiga kategori baharu. Kali ini ada kategori Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian serta Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian yang menjadikan kesemua 30 kategori anugerah dipertandingkan.