Viral

Wajah jadi pilihan scammer, Haz Halid jadikan ruang beri nasihat

Wajah mulus dan kacak pemilik akaun Facebook Haz Halid menjadi pilihan scammer yang dijangka warga Nigeria untuk memperdaya wanita Malaysia menyerahkan sejumlah wang hasil tebaran kata-kata manis. Akibatnya ramai wanita yang terpedaya atau didatangi mesej daripada scammer memarahi Haz atau Hazman Halid, lelaki kelahiran Petaling Jaya yang kini menetap dan bekerja di Vienna, Austria.