Hiburan

Noryn Aziz juara GV5

Sejak awal bermula Gegar Vaganza 5, penyanyi Noryn Aziz dilihat sebagai calon konsisten yang boleh memenangi pertandingan realiti nyanyian yang menampilkan penyanyi yang sudah menyepi tanpa lagu baru itu. Ternyata, malam tadi Noryn menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai juara GV5 yang berlangsung secara langsung dari Dewan Auditorium Majlin Bandaraya Shah Alam.