Hiburan

Tak Mahu Tunggu Lama-Lama… HAFREEZ ADAM  Nak Cepat Nikah ZARA ZYA

Amboi… Insta Online tengok pelakon kacak bertubuh sedap Hafreez Adam, 28, dan si cantik Zara Zya semakin bahagia. Mereka memang secocok dan sepadan.

Dengarnya Hafreez Adam sudah bersedia menjadi suami kepada Zara Zya. Alhamdulillah…

Setelah setahun bercinta, Hafreez Adam dan Zara Zya merancang bernikah tahun depan

Cerita Hafreez Adam, “perancangan dan perbincangan tentang nikah dah ada. Cuma buat masa ini belum ada lagi tarikh tertentu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Insya Allah.. Kami mahu bernikah tahun depan. Kalau ikutkan apa yang dibincangkan, kami tidak mahu bertunang, tapi mahu terus nikah.

” Bukan apa, kalau bertunang tu, akan ambil masa lama untuk nikah. Kalau boleh tak mahulah lambat sangat. Lagi cepat lagi bagus. Hehe…

“Saya harap keluarga, teman dan para peminat doakanlah agar apa yang kami rancang dipermudahkan.”

Hafreez Adam sudah bersedia menamatkan zaman bujang

Wah.. Dah tak sabar jadi suami Zara Zya ya. Insta Online dan peminat doakan Hafreez Adam dan Zara Zya cepat-cepat bertemu jodoh ya! Amin….

Pasangan bahagia ini mula rapat dan bercinta apabila sama-sama berlakon dalam siri drama Mona Lisa (Astro).

Hafreez Adam atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 28, juga popular dengan siri drama Pencuri Cinta Kelas Satu (Astro), Hati Perempuan (TV3), Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), Gantung (Web Drama), Pengantinku Jatuh Dari Langit (Hypp TV), Shhh I Love You (TV3), Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Astro) dan banyak lagi.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)