Hiburan Sukan

“Terengganu FC Layak Julang PIALA MALAYSIA 2018” – SYAFIQ FARHAIN

DEBARAN pasukan mana yang akan menjulang Piala Malaysia 2018 malam ini semakin mendebarkan!

Dua pasukan hebat, Terengganu FC dan Perak, siapakah yang bakal bergelar juara Piala Malaysia tahun ini?

Syafiq Farhain yakin TFC akan jadi juara Piala Malaysia 2018 jika strategi yang dirancang menjadi

Penyanyi kacak bertubuh sedap, Syafiq Farhain, 24, yang berasal dari Terengganu yakin pasukan Terengganu FC akan menjuarai perlawanan akhir kali ini.

Cerita Syafiq, “saya yakin, Terengganu FC (TFC) layak julang Piala Malaysia 2018 malam ini.

“Saya menyokong TFC bukanlah semata-mata hanya kerana saya ni anak Terengganu, tetapi saya tahu mereka telah mempersiapkan diri dari awal lagi untuk beraksi di peringkat akhir.

“Semangat juang mereka yang tidak pernah padam walaupun  bertemu dengan pasukan kegemaran ramai JDT di peringkat separuh akhir, antara faktor TFC boleh jadi juara.

Terengganu FC bakal memberi saingan hebat kepada skuad lawan iaitu pasukan Perak

“Saya lihat team kali ini mementingkan kerjasama antara mereka dan saling membantu untuk menyumbang gol.

“Mereka tidak pentingkan diri untuk menunjukkan kebolehan masing-masing, sebaliknya lebih mementingkan team work.

“Melalui ketua jurulatih hebat, mereka telah mengatur strategi dan corak permainan yang pastinya memberikan saingan sengit kepada pasukan Perak.

“Selain itu, tidak dinafikan lagi TFC mempunyai barisan pertahanan yang kental dan ini satu mereka untuk menewaskan pasukan Perak.

“Haa.. Ditambah pula TFC mempunyai penyokong yang bersemangat  luar biasa. Seluruh rakyat mengharapkan dan mendoakan skuad penyu memberikan yang terbaik.”

Begitulah luahan Syafiq Farhain yang berharap pasukan kegemarannya TFC akan menjulang Piala Malaysia kali ini.

“Sudah Sebati Dengan Corak Permainan Perak” – Ketua Jurulatih

Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim juga menyatakan pasukan mereka sudah bersiap sedia untuk bertemu dengan skuad lawan iaitu pasukan Perak.

Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim sudah mengatur strategi terbaik untuk berentap di Piala Malaysia malam ini

“Kita sudah lalui perjalanan ini dengan positif sekali, kita tidak lagi merasa tertekan, pemain cukup ceria dan mereka pula sudah sebati dengan corak permainan skuad lawan (Perak).”

Siapakah juara Piala Malaysia tahun ini? Sama-sama kita saksikan pertembungan dua pasukan hebat TFC dan Perak di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)