Viral

Tragedi LION AIR Terhempas…”Tiada siapa yang terselamat, mayat mereka berkecai”

Kesemua 189 penumpang dan anak kapal pesawat Lion Air yang terhempas awal pagi semalam berkemungkinan terbunuh dalam nahas itu, menurut agensi mencari dan menyelamat, ketika pengumuman selepas menemui cebisan mayat.

Pasukan penyelamat juga akan meneruskan pencarian sehingga menjelang malam.

Pesawat Boeing-737 MAX, yang diselenggara beberapa bulan lalu, hilang dari radar 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta, terhempas di Laut Jawa beberapa minit selepas meminta kebenaran untuk berpatah balik ke Jakarta.

Laman web yang memaparkan data penerbangan menunjukkan pesawat meningkatkan kelajuan ketika tiba-tiba hilang ketinggian beberapa minit sebelum hilang.

“Jangkaan saya tiada siapa yang terselamat kerana mangsa yang kami temui, mayat mereka berkecai dan sudah beberapa jam, jadi berkemungkinan besar semua 189 orang dalam pesawat itu meninggal dunia,” kata pengarah operasi agensi mencari dan menyelamat, Bambang Suryo Aji.-AFP

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Sumber & Foto: Utusan Online