Hiburan Video

[VIDEO] Forteen sudah temui rentak cemerlang di Gegar Vaganza 5

Pada konsert Gegar Vaganza 5 untuk minggu keempat, kumpulan Forteen membuktikan mereka bukanlah sebuah kumpulan biasa-biasa apabila mampu duduki tangga keempat keseluruhan. Tahniah.

Kritikan pada konsert minggu ketiga memberi suntikan semangat untuk mereka memperbaiki kelemahan. Kini Forteen sudah dapat ramuan untuk memastikan persembahan mereka antara yang bakal dinantikan.

Apakah ramuan itu? Ikuti temu bual Insta Online bersama salah seorang anggota kumpulan Foorteen, Izzue Islam pasal persediaan mereka menjelang konsert kelima Ahad ini. Konsert Gegar Vaganza 5 bersiaran di Astro Ria pukul 9.00 malam.