Hiburan Video

[VIDEO] Jalil Hamid digam pengarah ke?

Pelakon Jalil Hamid sempat meledakkan isu bayaran artis veteran yang tidak setimpal apabila dirinya sendiri ditawarkan RM1,500 untuk sebuah drama yang memerlukan dia muncul dalam 16 adegan dengan tiga hari penggambaran.

Dia sedia menerima risiko tidak akan dipanggil berlakon oleh pengarah atau penerbit yang terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan. Ternyata apa yang difikirkannya itu menjadi kenyataan kerana selepas itu, dia terus sepi daripada tawaran.

Namun Jalil Hamid tetap memegang kepada prinsip rezeki itu datang daripada Allah dan dia menerimanya dengan dada terbuka. Apatah lagi banyak pelakon veteran lain yang mengalami nasib serupa namun tidak berani ke depan sebab takut tawaran berlakon terjejas.

Ikuti pengakuan Jalil Hamid pasal isu bayaran RM1,500 dan pasal dirinya yang kini tidak lagi dipanggil berlakon.