Hiburan Video

[VIDEO] Mengapa Nad Zainal tak letak harapan menang ASK2018

Lakonan terbaik pelakon Nad Zainal menerusi drama Fatonah Azali membuatkan namanya antara disebut-sebut sebagai calon berpeluang cerah untuk membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2018 pada 2 November ini.

Namun Nad yang sudah empat kali tersenarai akhir tidak mahu meletakkan harapan tinggi walaupun wataknya sebagai gadis terencat dalam drama itu kdilihat sangat dinamik dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Pasa apa Nad tidak mahu letak harapan? Adakah dia sebenarnya tak puas hati dengan lakonannya dalam drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah itu? Nak tahu apa sebabnya… kenalah tonton sepenunya temuramah eksklusif Nad bersama Insta Online ini.