Gaya Hidup Video

[VIDEO] Wave mahu bawa wangian Cemara ke luar negara

Wawe Industry yang mengeluarkan wangian Cemara berpandangan jauh dan mahu membawa jenama itu ke luar negara.

Mereka yakin kerana bauan yang menggunakan kayu cemara (pine) itu sesuatu yang istimewa dan boleh disenangi semua orang.

Shameem Ashraf

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shameem Ashraf yakin mereka mampu membawanya ke pasaran antarabangsa.

“Cemara untuk wanita menggunakan kayu cemara bersama haruman segar buah sitrus mampu mengekspresi jiwa keyakinan wanita dengan aroma bunga halusnya.

“Cemara untuk lelaki pula memasukkan campuran bariton dan kaya dengan aroma dan mampu menonjolkan gaya maskulin seorang lelaki,” kata Shameem.

Ikuti penjelasan Shameem berkaitan minyak wangi istimewa yang dikeluarkan olehnya bersama rakan kongsi.