Viral

Wajah jadi pilihan scammer, Haz Halid jadikan ruang beri nasihat

Wajah mulus dan kacak pemilik akaun Facebook Haz Halid menjadi pilihan scammer yang dijangka warga Nigeria untuk memperdaya wanita Malaysia menyerahkan sejumlah wang hasil tebaran kata-kata manis.

Akibatnya ramai wanita yang terpedaya atau didatangi mesej daripada scammer memarahi Haz atau Hazman Halid, lelaki kelahiran Petaling Jaya yang kini menetap dan bekerja di Vienna, Austria.

Hazman Halid-Foto daripada Facebook peribadinya.

Menyedari wajahnya sering digunakan untuk tujuan yang tidak baik, Hazman siap nyatakan dalam intro Facebooknya “Akaun asli hanya ini dan travel blog Hazman Halid (60K/200K followers). Add akaun lain kena scam.”

Antara akaun Facebook menggunakan wajah Hazman.

Pun begitu ada juga individu yang tidak mengenali Hazman yang semacam percaya lelaki itu dan akaun-akaun scammer lain sebagai orang yang sama.

Banyak akaun FB yang meletakkan wajahnya; antaranya Mohammed Sarki, Usman Rehan, Muhammed Hazim, Alvin Khoo, Sam Val Lawal dan beberapa lagi yang ditemui.

Sebagai seorang profesional,  Hazman tidak  melenting dengan makian yang dilontar oleh mangsa ke akaun benar miliknya.

Dia sebaliknya membuat perkongsian bertujuan menasihati semua pengguna lamam sosial agar tidak menjadi mangsa penipuan siber.

Pengalamannya sendiri dan tahap kebijaksanaannya dalam dunia IT membuatkan dia mampu melontarkan pendapat bernas.

Posting Haznman semasa di sebuah butik

Saya sebenarnya mengenali Hazman secara peribadi kerana pernah menginap di bilik bersebelahan semasa belajar di sebuah universiti dahulu.

Sememangnya Hazman seorang genius IT, tiada kejutan apabila dia  kini berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di Vienna.

Hazman mengambil peluang semasa fotonya dijadikan pilihan scammer untuk menjadikan laman sosialnya sebagai satu tempat mencurahkan nasihat berguna.

Ini satu kes yang dikongsi Hazman dalam Facebooknya apabila dihujani mesej daripada seorang wanita yang dikenali Reena Kong.

“Part 1. Reena Kong, seorang profesional yang berkarier, telah menjadi mangsa scam Nigeria. Respond ini dibuat kerana masih terdapat komen2 darinya walaupun sudah dikira tutup kes.

Posting Hazman berkait hadiah kepada pengikut.

“Beberapa hari lalu, Cik Kong menerjah inbox dan demand penjelasan kenapa ramai orang gunakan gambar saya. Intonasi dari awal sampai habis, dia seolah-olah mahu saya mengaku bahawa saya ialah orang yang menipunya. Sama macam mangsa lain.

“Jawapan saya: Kerana ramai perempuan yang sanggup melayan mereka dan memberi wang. Bukan gambar saya saja yang digunakan, ramai lagi lelaki lain yang sukses. Ini adalah kenyataan.

Saya tanya kembali, awak rugi banyak mana? Report ke polis. Dia cakap, tidak rugi duit sebab dia bekerja dengan sebuah badan kewangan.

“Kalau kebanyakan kes lalu merupakan wanita yang agak kampung dan tidak berpelajaran, ini berlainan. Orang seperti beliau sepatutnya mempunyai fikiran yang analitikal. Namun masih dapat ditumbangkan.

“Apa yang dikatakan oleh perempuan ini betul – saya tidak seperti lelaki Nigeria yang bercinta dengannya itu; sopan, manis, dan sebagainya. Jawapan saya juga betul – saya memang tidak manis kerana saya tidak ada udang di sebalik batu. Itu ialah kenyataan,” tulisnya.

Sebahagian akaun palsu yang menggunakan wajah Hazman.

Dalam satu lagi perkongsian Hazman turut menyentuh pasal scammer yang menggunakan laman web palsu berkaitan penghantaran barang. Dia menyentuh isu itu kerana wajahnya turut terpampang pada laman Facebook berkaitan dan ada yang mengantar mesej peribadi kepadanya untuk bertanya pasalnya.

“Ada tiga benda di sini.  1) Tracking website PALSU yang digunakan oleh scammers Nigeria. Anda masukkan kod, semua maklumat bungkusan dan alamat anda keluar sekali. Cuba la masukkan kod lain tengok apa jadi? It’s cheap software made with PHP.

“Tracking website yang sebenar TIDAK akan menunjuk semua maklumat penerima. Especially alamat rumahnya dengan penuh. Tracking website palsu menunjukkan barang sangkut di kastam dan waktu ini, macai mereka di Malaysia akan memainkan peranan mengutip duit ke AKAUN PERSONAL mereka.

“Siapa percaya kastam kutip duit cukai dalam akaun personal memang bebal. Lebih baik kau terjun gaung dari hidup.

2) Makcik bawang nak tuduh-tuduh terbabit dengan benda ini? Excuse me. Bukan nak cakap besar tapi setakat lima ribu ringgit tu ada dalam wallet sekarang. Euro ada, Pound ada, Swiss Francs pun ada. Tak perlu susah-susah buang air liur mengayat perempuan.

3) Bulan Januari lepas dah hantar PM jangan percaya dengan scammer kan? Habis kenapa sekarang bising lagi? Berapa kali nak beritahu?

4) Gold digging tricks don’t work on me. Dah ramai perempuan yang bising bila tak dapat hadiah dari Nigeria. Saya cuma gelakkan saja. Nak ganti sorry la. Sendiri tanggung.

Dalam FB ni ramai lagi orang-orang yang betul-betul susah dan layak merasa duit,”tulisnya.

Mengapa wajah Hazman yang menjadi pilihan scammer? Itu tiada jawapan. Tuan punya badan pun tiada jawapan mengapa dirinya yang jadi pilihan. Apabila diselusuri perkongsiannya di laman Facebook, ada sisi mulia yang menjadi amalannya.

Hazman kerap memberikan hadiah berupa magnet peti ais, skaf, purse, buah tangan dan pelbagai barang kecil dan besar kepada pengikut laman sosialnya. Kerap juga pengikut yang menerima kirimannya memuatnaik ucapan terima kasih dan hashtag dirinya dalam posting mereka.

Selain itu ada  juga perkongsian ilmu berkaitan teknbologi maklumat yang dkongsinya serta tips melacong yang diberikan berdasarkan pengalaman sendiri yang kerap melancong ke negeri negeri jiran tempat dia bermastautin di Eropah.

Agaknya scammers juga menilainya untuk meyakinkan mangsa bahawa wajah lelaki yang mereka pilih itu mempunyai pengikut yang ramai serta ada nilai murni dalam dirinya. Mereka mungkin membuat tanggapan wajah itu ada daya penarik.

Semoga wanita-wanita yang menerima mesej atau ayat power daripada mana-mana lelaki tidak mudah cair dengan ayat mereka dan lebih berhati-hati serta tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

Kes penipuan alam maya sudah banyak kali dilaporkan namun masih ada sahaja yang terus menjadi mangsa. Berhati-hatilah.