Gaya Hidup

Warga Emas Patut Contohi Gaya Hidup MAHATHIR

PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,93, antara contoh terbaik yang boleh diikuti dalam aspek penjagaan kesihatan dan cara hidup.

Sebab itulah dari usia muda sehinggalah menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, beliau masih bertenaga untuk mentadbir negara seperti menghadiri persidangan antarabangsa. Hebat kan?

Ini di akui sendiri oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad (gambar kanan) harap masyarakat mencontohi gaya hidup sihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Utusan Online, Khalid berharap masyarakat Malaysia terutama warga emas mencontohi gaya hidup Perdana Menteri untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Katanya, “seperti kita semua tahu dia hanya makan sekadar cukup dan tidak makan terlalu banyak. Kita harus belajar daripada amalan hidup sihatnya.

“Kita perlu menjaga diet dan makan dengan sederhana kerana ia menyumbang kepada penuaan yang sihat,” Jelasnya semasa berucap melancarkan Program Hari Warga Emas Kuala Lumpur 2018 di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Khalil Abdul Samad menunjukkan buku Ketidakjaminan Makanan Dan Malpemakanan Warga Emas sempena perasmian Hari Warga Emas Kuala Lumpur 2018 – Foto: Jefri Iran

Program anjuran Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dan penuaan sihat dalam kalangan warga emas.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Sumber & Foto: Utusan Online