Sukan

Yippi & Air Asia gabung bimbing bakat muda badminton

Yippi bekerjasama dengan Akademi Badminton AirAsia untuk membentuk dan melahirkan pelapis pemain badminton negara bertaraf dunia.

Akademi Badminton AirAsia telah dilancarkan pada tahun 2012. Sejak itu, akademi ini telah melatih lebih daripada 300 pemain dan melahirkan pemain badminton bertaraf dunia yang mewakili pasukan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Presiden Akademi Badminton Air Asia, Jason Lim, (kiri) dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Toga Limited, Tan Fai semasa majis menandatangai perjanjian persefahaman.

 “Badminton adalah salah satu daripada sukan Malaysia yang paling disukai dan diminati di Malaysia dan di Yippi, kami amat berbangga dapat membantu menyokong para belia dalam pembangunan sukan.

“Selain itu, kami begitu teruja dapat berganding bahu menyertai Akademi Badminton AirAsia untuk merealisasikan matlamat kami bagi memupuk bakat muda Malaysia dalam usaha untuk menerima pengiktirafan bertaraf dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Toga Limited, Michael Toh. Toga Limited ialah pengasaskan Yippi iaitu satu aplikasi mesej global.

Presiden Akademi Badminton AirAsia Jason Lim berkata gabungan kerjasama ini adalah unik kerana walaupun mereka dari dua latar belakang yang berbeza, namun berpeluang menyediakan platform untuk mencari dan memupuk bakat sukan muda Malaysia.

“Bersana sokongan mereka, kami yakin matlamat kami untuk menghasilkan pemain bertaraf dunia dan sekaligus mencapai gelaran nombor satu dunia dalam sukan ini akan menjadi kenyataan,” katanya.

Di samping mendapat bimbingan dan latihan serta tunjuk ajar dari ketua jurulatih, Rashid Sidek, bekas pemain kebangsaan dan juara badminton Dunia No. 1, para pemain menjalani program latihan dan pembangunan yang ketat dan penuh disiplin untuk mereka menuju ke arah pengiktirafan global.

“Yippi akan menyediakan sokongan berbentuk kewangan yang diperlukan bagi kedua-dua pasukan junior dan elit di Akademi Badminton AirAsia. Sokongan kewangan ini akan digunakan untuk menampung kos seperti yuran jurulatih dan yuran penyewaan gelanggang latihan. Di samping itu, dana itu juga akan digunakan untuk penyertaan para pemain ke kejohanan tempatan dan antarabangsa,” sambung Lim.

Akademi Badminton AirAsia mengendalikan tiga pusat latihan: satu di Perlis dan dua, di Lembah Klang yang menempatkan 300 pemain secara keseluruhan, dari pasukan junior dan elit. Akademi Badminton AirAsia juga akan menambah dua lagi pemain yang bakat dan memerlukan bimbingan mereka dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Yippi, sila lawati www.togalimited.com dan untuk maklumat lanjut mengenai Akademi Badminton AirAsia sila layari www.facebook.com/airasiabadmintonacademy/.

Akademi Badminton AirAsia ditubuhkan bertujuan untuk menjadi platform kepada para pemain badminton yang berpotensi untuk memenuhi impian sukan mereka dan agar mereka dapat menerima latihan bertaraf dunia dari para profesional yang dilahirkan oleh negara.

Pada tahun 2016, Akademi Badminton AirAsia menandatangani dengan Arif Latif, pemenang pingat perak Sukan SEA pada 2016. Pada 2017, Liew Daren dipilih dan pada tahun ini, Chong Wei Feng, Pingat Emas Sukan SEA 2015.

Akademi Badminton AirAsia mengendalikan tiga pusat latihan di Malaysia, salah satunya di Perlis dan dua di Lembah Klang. Pada tahun ini, Akademi Badminton AirAsia akan membuka lebih banyak pusat latihan di negeri-negeri seluruh Malaysia dan meneruskan usaha mereka untuk melahirkan pemain badminton bertaraf dunia.