Buletin

Zamani hilang suara di konsert GV5

Zamani hilang suara sehingga tidak boleh menyanyi langsung di konsert Gegar Vaganza 5 minggu kelima malam ini. 

Dalam konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu dia sepatutnya menganyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta oleh Flybaits.

Peminat memberi sokongan dengan melaungkan namanya serta menyanyikan lagu itu. Juri juga turut menyanyi bersama sebagai peniup semangat.

Adakah Zamani akan tersingkir di hujung persembahan nanti? Atau ada pengumuman lain berkaitan Zamani?

Tunggulah sehingga siaran langsung di Astro Ria berakhir nanti.