Hiburan Viral

Zul dengan wanita Ukaine pula?

Pelakon sasa Zul Ariffin ni tak habis-habis dengan isu panas dan sensasi. Kebanyakannya berkaitan hubungannya dengan wanita.

Kini, semasa sibuk mempromosikan filem lakonannya Hantu Kak Limah,  timbul pula cerita dia kononnya sedang hangat bercinta dengan seorang wanita seksi asal Ukraine apabila banyak foto mereka tersebar.

Dalam bilik yang sama?

Zul yang ditemui media semasa malam gala filem itu malam tadi bagaimanapun tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan khabar pasal cinta. Dia mahu diberi ruang sebelum sedia memberikan jawapan secara terperinci buat masa ini.

Zul semasa di Phuket, Thailand

“Saya tiada komen pasal perkara ini. Saya pergi  bercuti dan  traininglah. Perkara ini mudah… kalau saya cakap perkara baik atau buruk ia tidak membezakan apa-apa.

“Jadi saya biarkan orang untuk mengandaikan apa sahaja. Saya akan berdiam diri,” katanya.

Zul bagaimanapun tidak menafikan mengenali wanita yang dimaksudkan itu, namun hanya sebagai kenalan biasa yang bersama-sama menjalani latihan tinju di Phuket, Thailand.

“Sudah semestinya saya kenal, kawan baik. Kami menjalani latihan sekali,” ujar Zul.

Namun apabila diperhati laman Instagram kedua-duanya, ada foto yang menampakkan mereka merakamnya di tempat yang sama. Malah ada sekeping foto yang boleh dibuat telahan ia berlaku di dalam bilik yang sama.